Pengenalan Internet & Web

Internet merupakan satu rangkaian berskala besar yang menghubungkan jutaan komputer yang boleh berkomunikasi secara berterusan di serata dunia. Setiap rangkaian ini menyediakan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui internet. Anggaran terdapat lebih 459 juta pengguna internet di seluruh dunia.

Merupakan salah satu perkhidmatan utama dalan Internet WWW mengandungi koleksi dokumen eletronik. Setiap dokumen eletronik ini dipanggil Web page/Web site. Pelayar Web merupakan perisian untuk mengaksesWeb page. Contoh pelayar:
  • Internet Explorer 
  • Firefox
  • Google Chrome 
  • Netscape Navigator 

Laman Web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di INTERNET menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula. (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas). Satu Laman Web boleh mengandungi teks, grafik, bunyi, video dan capaian kepada dokumen lain.

Sejarah Internet

1969, Advance Research Projects Agency (ARPA), yang dibiayai oleh US Department of Defense, membangunkan ARPANETPermulaan rangkaian antara 4 komputer yang bertujuan penghantaran maklumat. Pada 1986, NSFnet , menggantikan ARPANET. Ia boleh menghubungkan ke rangkaian yang lebih luas. Selepas itu wujudnya CSNET dan Eunet yang menghubungkan antara universiti2 di Eropah.1990, wujudnya WWW, yang membolehkan rangkaian secara meluas dihubungkan.

*contoh artikel

No comments: