Asas Algoritma || Basic Algorithm

Entri pada kali ini saya ingin berkongsi tentang asas algorithm. Asas algoritma adalah asas yang perlu dipelajari oleh pelajar/beginner programmer. asas ini sangat penting kerana ia boleh digunakan untuk membina algorithm-algorithm yang lebih kompleks. antara asas algorithma adalah seperti berikut:


  1. jumlahkan nombor (total)
  2. mencari purata nombor (average)
  3. pencarian nombor minimum 
  4. pencarian nomber maksima
  5. membilang nombor (counter)
  6. pengisihan (susunan)
  7. pencarian maklumat (searching)
Sekarang saya akan membincangkan algoritma menjumlahkan nombor atau get the total numbers. Proses menjumlahkan nombor ini memerlukan penggunaan pengulangan (looping). Anda boleh memilih untuk menggunakan looping jenis mana-mana yang disukai samada for loop, while loop atau do..while loop. .Sebagai contoh, saya ambil problem seperti berikut:

soalan: Bina sebuah program di mana program tersebut menjumlahkan 5 nombor yang dimasukkan oleh pengguna melalui keyboard.

Pseudocode:

Begin
  1.  masukkan nombor
  2. menjumlahkan nombor
  3. ulang langkah 1 sehingga habis semua nombor
  4. paparkan hasil jumlah nombor.
End

algorithma di dalam pseudocode perlu ditulis semula dalam bentuk coding. sila perhatikan setiap langkah di dalam pseudocode dan di dalam coding di bawah.

Coding C++:

#include <iostream.h>

void main()
{
  int num, sum=0;

 for(int i=0, i<5; i++)
 {
    //langkah 1:
    cout<<"Masukkan nombor :";
    cin>>num;
    
    //langkah 2:
    sum = sum + num;

    //langkah 3: ulang langkah 1 (menggunakan for loop)
 }
//langkah 4:
cout<<"\n\nJumlah Hasil Tambah 5 Nombor adalah : "<<sum;
}

Proses menjalankan algoritma ini adalah seperti berikut:

looping pertama: i=0
Masukkan nombor :10
sum = 0 + 10 --> 10

looping kedua: i=1 
Masukkan nombor :27
sum = 10 + 27 -->37

looping ketiga, i=2
Masukkan nombor :9
sum = 27 + 9 -->36

looping keempat, i=3 
Masukkan nombor :30
sum = 36 + 30 -->66

looping kelima, i=4 
Masukkan nombor :4
sum = 66 + 4 --> 70

 Proses menjumlahkan nombor-nombor ini akan berulang sebanyak 5 kali disebabkan oleh looping iaitu menggunakan for loop for(int i=0, i<5; i++). anda perlu set looping supaya dapat memenuhi keperluan problem. sebagai contoh problem di atas adalah untuk menambah 5 nombor, jd pembilang di dalam for loop di setkan i bermula 0, dan seterusnya bertambah satu-satu sehingga 4. jadi nilai i yang terlibat adalah i=0,1,2,3,4. 

OUTPUT:

Masukkan nombor :10
Masukkan nombor :27
Masukkan nombor :9
Masukkan nombor :30
Masukkan nombor :4

Jumlah Hasil Tambah 5 Nombor adalah : 70


bagi asas algoritma lain saya akan berkongsi dengan anda di lain masa. selamat maju jaya.

No comments: