Array in c++ || Tatasusunan

Di dalam entri ini saya akan berkongsi mengenai array. Apakah dia array? array adalah tatasusunan iaitu yang mengandungi koleksi data yang sama jenis. Apabila bercakap 'koleksi data' maka ia bermaksud melibatkan banyak data. Di dalam sesebuah array kita boleh menyimpan banyak data mengikut saiz array yang didefinisikan. Pertama skali anda perlu dapat bezakan antara array dengan pembolehubah/variable. Antaranya:


Persamaan:
Kedua-dua bertujuan untuk menyimpan data
Kedua-dua perlu didefinisi sebelum diguna (declare prior to use)


Perbezaan:

Variable                                                       
Boleh simpan hanya satu nilai                      

e.g definisi satu variable untuk simpan nombor jenis integer

int nom;

selepas definisi variable, satu lokasi/ruang untuk variable akan dibina spt gambaran berikut:







variable nom hanya boleh menyimpan satu nilai pada satu masa. Nilai boleh berubah sekiranya berlaku assignment yang baru.


Array
Banyak nilai/value mengikut saiz
Mempunyai indek untuk merujuk kepada setiap lokasi array

e.g definisi array untuk menyimpan koleksi nombor jenis integer

int number[4];

satu array bernama number bersaiz 4 lokasi telah didefinisi. array number ini boleh menyimpan 4 nilai pada satu masa. gambaran memori untuk array ini seperti berikut:
















setiap lokasi array akan dirujuk menggunakan indek, iaitu bermula indek 0,1,2..dan seterusnya. Contoh di atas, array mempunyai 4 lokasi (saiz 4) jadi indeknya adalah 0, 1, 2, dan 3. Indeks di dalam array sangat penting kerana ia adalah sebagai alamat bagi setiap lokasi array.

satu lagi istilah yang perlu difahami di dalam array adalah elemen. Elemen merujuk kepada lokasi array. contohnya,

Elemen pertama adalah merujuk kepada lokasi pertama array iaitu number[0]
Elemen kedua merujuk lokasi kedua iaitu number[1] dan seterusnya...

sekali lagi saya ingin tekankan mungkin anda keliru di antara INDEK dan ELEMEN.

INDEK      -  adalah ALAMAT bagi setiap lokasi array

                     ch: indek 0, merujuk kepada alamat lokasi array yang pertama
                          indek 1, --> alamat lokasi array yang kedua
                          dan seterusnya....

ELEMEN   - merujuk kepada lokasi array
            
                     ch: elemen pertama, merujuk kepada lokasi array pertama iaitu beralamat number[0]
                          elemen kedua, --> lokasi array kedua iaitu beralamat number[1]
                          dan seterusnya.....

pada masa akan datang saya akan berkongsi bagaimana menggunakan array...tunggu ya.


No comments: